Maaf makcik!

Abu ialah seorang pemuda yang lurus dan jujur. Sifatnya itu membuatkan semua orang suka dan sayang padanya. Apa saja yang Abu lakukan pasti akan menyenangkan dan membuat semua orang rasa selesa. Pada suatu hari, Abu berada di dalam bas untuk ke bandar. Dia memegang sekeping gambar. Tiba-tiba, gambar itu terjatuh ke bawah kain seorang makcik.

Abu : Makcik, tolong angkat kain, saya nak ambik gambar.

Makcik : Apa kamu cakap?!





Tiba-tiba.... PANG!!! Abu pun turun dari bas itu dengan muka yang bengang kerana ditampar oleh makcik itu di hadapan orang ramai.